
Kelabu (BukuFixi)
.buku pertama aku dari BukuFixi!
.aku beli buku ni selepas baca review dari twitter dan blog
.mengambil masa 24 jam untuk habiskan.
.aku baca awal bulan Mei 2013.
buku ni mengisahkan seorang watak. watak yang aku rasa, aku boleh bayangkan macammana. pada mula nya, aku jatuh cinta pada watak ni, jujur aku cakap. sampai akhir buku ni pun aku masih suka dia. hehe. dia seorang freelance photographer. dia ada bestfriend yang bernama Shah, dorang dah berkawan lama dan Shah ni macam moral support watak utama kita lah. Shah banyak bagi nasihat. watak utama buku kelabu ni, seorang yang hotstuff jugak lah, ramai lah orang suka dia sebab wajah dan physical dia. haa cenggitu.
bila dah khatam buku ni, baru faham kenapa diberi tajuk kelabu. perspektif yang ditengah tengah. antara hitam dan putih, antara lelaki dan perempuan dan antara baik dan buruk.
permulaan buku ni kukuh. pertengahan pun agak kukuh dan still on track. climax dia pun cantik ah, letak sekali dengan adegan saspen dan terkejut pasal watak utama kita ni. penutup dia pun kukuh cuma bengang sebab terserah kepada pembaca nak pilih keputusan yang mana.
yang aku boleh cakap pasal buku ini, dekat dunia ni, sebenarnya ada peluang kedua. ;)
aku tak boleh cakap banyak riviu, nanti spoiler pulak. aku syorkan korang beli.
4/5
No comments:
Post a Comment