Review: Asrama




Asrama (BukuFixi)
.ini buku kedua dari BukuFixi yang aku baca.
.aku beli buku ni selepas baca review review dari twitter dan blog. 
.aku mengambil masa 1-2 hari untuk habiskan. banyak pause-pause jugak lah. 


watak utama nya seorang perempuan yang berusia 16 tahun. nama dia Dahlia. dia berkeras nak pindah sekolah walaupun dia dah duduk dekat sekolah yang hebat dan gah. mesti sekolah cluster. kahkah. mula mula ayah dia tak kasi, tapi last last ayah dia mengalah. haa, start dari situ lah macam macam perkara peik berlaku.

permulaan dia agak goyah, tapi still menarik minat untuk baca. pertengahan dia kukuh. climax novel ni serabut sikit dan penutup yang lemah.
sejujurnya, aku kecewa dengan buku ni. maybe sebab aku letak harapan tinggi dekat buku ni, and bila baca, tak macam aku sangkakan. ada beberapa cerita agak tergantung dan macam tak perlu. contohnya, watak ketua Geng Queen. lepastu, macam mana ek nak cakap, aku faham penulis ni nak buat cerita camne. ala ala dejavu cenggitu, tapi agak serabut, sampai aku kena baca beberapa kali nak make sure siapa yang hantu ni. dalam perkataan mudah, tak smooth ah.
apa apa pun aku suka jugak lah ada jugak adegan adegan menakutkan yang bagi aku goosebumps.

3/5

No comments:

Post a Comment