Review: Twenties Girl



Twenties Girl (Sophie Kinsella)
.buku pertama dari sophie kinsella
.buku ini jugak aku syorkan untuk orang yang baru nak minat buku english (atau mana mana buku sophie)

aku tengah fikir jap nak buat review dalam bahasa apa. haha. 

the main character's name is Lara. Lara Lington. she was dumped by her boyfriend few months ago but cant seem to move on. she kept bugging her ex, and her family was worried lah about her. life dia biasa biasa je if nak compared to her cousins. so nak dijadikan cerita, one day, her great aunt, Sadie was found dead. Lara tak kenal and tak pernah tahu pun dia ada great aunt nama Sadie. teruk betul. dia rasa bersalah habis lah masa pergi funeral Sadie ni. then, tengah tengah funeral ni, dia tetiba boleh nampak roh Sadie ni. and Sadie mintak tolong Lara untuk carikan necklace, dan barulah si Sadie ni rest in peace. 
Dalam nak cari necklace ni macam macam happened. Lara even found a new, american, serious, hot (aku punya imaginationn lah) boyfriend. sweet angat-angat hahaha.
permulaan cerita ni tak menarik minat sangat. pertengahan dah kukuh, klimaks pun best and kukuh and ending dia, hehe happy ending. :3
memang syorkan sangat korang baca. 

5/5

Review: Kelabu



Kelabu (BukuFixi)
.buku pertama aku dari BukuFixi!
.aku beli buku ni selepas baca review dari twitter dan blog
.mengambil masa 24 jam untuk habiskan.
.aku baca awal bulan Mei 2013.

buku ni mengisahkan seorang watak. watak yang aku rasa, aku boleh bayangkan macammana. pada mula nya, aku jatuh cinta pada watak ni, jujur aku cakap. sampai akhir buku ni pun aku masih suka dia. hehe. dia seorang freelance photographer. dia ada bestfriend yang bernama Shah, dorang dah berkawan lama dan Shah ni macam moral support watak utama kita lah. Shah banyak bagi nasihat. watak utama buku kelabu ni, seorang yang hotstuff jugak lah, ramai lah orang suka dia sebab wajah dan physical dia. haa cenggitu.
bila dah khatam buku ni, baru faham kenapa diberi tajuk kelabu. perspektif yang ditengah tengah. antara hitam dan putih, antara lelaki dan perempuan dan antara baik dan buruk. 
permulaan buku ni kukuh. pertengahan pun agak kukuh dan still on track. climax dia pun cantik ah, letak sekali dengan adegan saspen dan terkejut pasal watak utama kita ni. penutup dia pun kukuh cuma bengang sebab terserah kepada pembaca nak pilih keputusan yang mana. 
yang aku boleh cakap pasal buku ini, dekat dunia ni, sebenarnya ada peluang kedua. ;)
aku tak boleh cakap banyak riviu, nanti spoiler pulak. aku syorkan korang beli. 

4/5


Review: Asrama




Asrama (BukuFixi)
.ini buku kedua dari BukuFixi yang aku baca.
.aku beli buku ni selepas baca review review dari twitter dan blog. 
.aku mengambil masa 1-2 hari untuk habiskan. banyak pause-pause jugak lah. 


watak utama nya seorang perempuan yang berusia 16 tahun. nama dia Dahlia. dia berkeras nak pindah sekolah walaupun dia dah duduk dekat sekolah yang hebat dan gah. mesti sekolah cluster. kahkah. mula mula ayah dia tak kasi, tapi last last ayah dia mengalah. haa, start dari situ lah macam macam perkara peik berlaku.

permulaan dia agak goyah, tapi still menarik minat untuk baca. pertengahan dia kukuh. climax novel ni serabut sikit dan penutup yang lemah.
sejujurnya, aku kecewa dengan buku ni. maybe sebab aku letak harapan tinggi dekat buku ni, and bila baca, tak macam aku sangkakan. ada beberapa cerita agak tergantung dan macam tak perlu. contohnya, watak ketua Geng Queen. lepastu, macam mana ek nak cakap, aku faham penulis ni nak buat cerita camne. ala ala dejavu cenggitu, tapi agak serabut, sampai aku kena baca beberapa kali nak make sure siapa yang hantu ni. dalam perkataan mudah, tak smooth ah.
apa apa pun aku suka jugak lah ada jugak adegan adegan menakutkan yang bagi aku goosebumps.

3/5

Review: Ilusaniti



Ilusaniti (BukuFixi)
.ini ada lah buku ke tiga dari BukuFixi yang aku baca. secara jujurnya, im not a big fan of malay novels. tapi BukuFixi ni lain. gila. 
.aku rasa buku ni ada curse, takboleh nak stop baca. aku start baca around 9pm, sampai habis buku tu dalam pukul 3 pagi. gila.
.aku baru baca buku ni dalam 2-3 hari lepas. pinjam kawan jewww

watak utama dia seorang lelaki. Fareez nama dia. dia ni macam lifeless aku rasa. awek pun takde. tapi dia kenal beberapa orang thru social network iaitu twitter. one day dorang lepak sama sama, and start dari situ macam macam happened. amnesia, suicidal, insomnia.
permulaan yang agak kukuh, dah sampai pertengahan tu agak goyah tapi okay lagi. climax pun okay, tapi part penutup je lah aku kurang suka. ada merepek sikit. sbg contoh nya, meteor attack. macam, too ambitious. tapi takpe, still creative. :-)
buku ni keluar awal tahun tak salah aku, masa tu aku tak minat lagi BukuFixi, then, aku pelik lah kenapa semua asyik cakap buku ni mindfuck. macam...boleh ke sesebuah buku tu mindfuck fikiran kita yang waras ni. wah gichu. lepas aku khatam ilusaniti, baru aku faham. aku sampai rasa adib zaini tu gila jugak kot boleh buat plot dan bayangkan cerita macamni....

4/5

ini intro nama nya.

untuk blog yang ke empat ini, gua nak buat blog review. disebabkan gua selalu lah dok cari cari blog yang buat review pasal buku yang gua nak beli. tapi takdo. jadi, timbul pulak rasa nak buat review sendiri.
hello, nama saya oyo. and i am a nerd, book lover, and cas cas hipsterzz kahkah.
disebabkan gua dah baca banyak buku, tapi baru buat blog ni, gua buat review buku yang baru baru ni gua baca, dan mana yang ingat sahaja. huhu sowwy. have a pleasant day nerdies.