Review: Langit Tanpa Awan-himpunan puisi Nick Adly




Langit Tanpa Awan.-himpunan puisi Nick Adly (BijiPress)
. salah satu buku puisi kegemaran aku.

buku yang mengandungi 107 muka surat tidak termasuk muka depan ini mempunyai 103 puisi bahasa melayu yang sangat mengasyikkan. sesuai untuk jenis manusia yang layan semua jenis genre puisi. sebab puisi dia banyak bebas dan ikut suka tapi still mendalam. even di muka surat depan merangkap kata pendahuluan juga nota singkat diberi oleh fynn jamal untuk penulis puisi ini. digalakkan membeli dan membaca. puisi puisi kegemaran aku, monolog (ms 68), dajjal (ms 98) serta sayangku, lahad datu! (ms 100). enjoy ! :)

4/5

Review: Twenties Girl



Twenties Girl (Sophie Kinsella)
.buku pertama dari sophie kinsella
.buku ini jugak aku syorkan untuk orang yang baru nak minat buku english (atau mana mana buku sophie)

aku tengah fikir jap nak buat review dalam bahasa apa. haha. 

the main character's name is Lara. Lara Lington. she was dumped by her boyfriend few months ago but cant seem to move on. she kept bugging her ex, and her family was worried lah about her. life dia biasa biasa je if nak compared to her cousins. so nak dijadikan cerita, one day, her great aunt, Sadie was found dead. Lara tak kenal and tak pernah tahu pun dia ada great aunt nama Sadie. teruk betul. dia rasa bersalah habis lah masa pergi funeral Sadie ni. then, tengah tengah funeral ni, dia tetiba boleh nampak roh Sadie ni. and Sadie mintak tolong Lara untuk carikan necklace, dan barulah si Sadie ni rest in peace. 
Dalam nak cari necklace ni macam macam happened. Lara even found a new, american, serious, hot (aku punya imaginationn lah) boyfriend. sweet angat-angat hahaha.
permulaan cerita ni tak menarik minat sangat. pertengahan dah kukuh, klimaks pun best and kukuh and ending dia, hehe happy ending. :3
memang syorkan sangat korang baca. 

5/5

Review: Kelabu



Kelabu (BukuFixi)
.buku pertama aku dari BukuFixi!
.aku beli buku ni selepas baca review dari twitter dan blog
.mengambil masa 24 jam untuk habiskan.
.aku baca awal bulan Mei 2013.

buku ni mengisahkan seorang watak. watak yang aku rasa, aku boleh bayangkan macammana. pada mula nya, aku jatuh cinta pada watak ni, jujur aku cakap. sampai akhir buku ni pun aku masih suka dia. hehe. dia seorang freelance photographer. dia ada bestfriend yang bernama Shah, dorang dah berkawan lama dan Shah ni macam moral support watak utama kita lah. Shah banyak bagi nasihat. watak utama buku kelabu ni, seorang yang hotstuff jugak lah, ramai lah orang suka dia sebab wajah dan physical dia. haa cenggitu.
bila dah khatam buku ni, baru faham kenapa diberi tajuk kelabu. perspektif yang ditengah tengah. antara hitam dan putih, antara lelaki dan perempuan dan antara baik dan buruk. 
permulaan buku ni kukuh. pertengahan pun agak kukuh dan still on track. climax dia pun cantik ah, letak sekali dengan adegan saspen dan terkejut pasal watak utama kita ni. penutup dia pun kukuh cuma bengang sebab terserah kepada pembaca nak pilih keputusan yang mana. 
yang aku boleh cakap pasal buku ini, dekat dunia ni, sebenarnya ada peluang kedua. ;)
aku tak boleh cakap banyak riviu, nanti spoiler pulak. aku syorkan korang beli. 

4/5